Nuffnang

How Long I Have Been Married

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 22, 2009

Susah Ke Nak Menulis Dalam Bahasa Kebangsaan??

Kepada orang-orang Melayu tertentu di tempat saya bekerja.

Cuba-cuba lah belajar menulis surat atau dokumen rasmi yang ingin dihantar kepada pihak kerajaan dalam Bahasa Melayu.

Janganlah asyik menulis deraf dalam bahasa Inggeris, kemudian minta pertolongan kakitangan yang mahir dalam Bahasa Melayu untuk membuat terjemahan.

Bukannya kami tak sudi tolong sebab memang itu sebahagian dari tugas kami pun.

Tapi kalau selalu-selalu sangat naik menyampah juga. Kalau nama awak Brad Pitt atau Trisha Yearwood tak pe. Ini tidak. Nama Ali Bin Mamat atau Khamsiah Binti Selamat. Orang Melayu! Orang Melayu yang tak reti menulis dalam Bahasa Melayu patut dihadiahkan penampar je.

Jangan ingat sebab kita bekerja di syarikat bertaraf multinasional, kita tidak perlu menguasai Bahasa Melayu. Ia adalah bahasa ibunda kita, bahasa kebangsaan.

Ada kakitangan kita yang bernama Ah Chong atau Muthusamy pulak yang mahir menulis dalam Bahasa Melayu!

Tak malu ke?

No comments: