Nuffnang

How Long I Have Been Married

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 12, 2008

Keputusan PRU 12 : Melayu Mesti Sedar Bahaya Yang Dihadapi


Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU 12) telahpun diketahui dan rakyat Malaysia telahpun membuat pilihan.

Saya hanya mampu menggelengkan kepala apabila keputusan diumumkan di kaca televisyen pada malam 8 Mac dan juga awal pagi 9 Mac. Saya bersengkang mata hingga ke subuh untuk mendapat kepastian dan merasa begitu terkilan apabila mengetahui rakyat Malaysia memilih untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di empat negeri pantai barat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, BN telah dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen. Syukur Alhamdulillah kerana BN masih mampu menubuhkan Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Berdasarkan keputusan PRU 12 tersebut, saya berharap rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu yang ”anti-establishment” telah berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan. Atas alasan undi protes dan juga emosi jangka pendek, mereka sanggup menggadaikan masa hadapan kaum mereka sendiri hingga menyebabkan Pulau Pinang kini diterajui oleh seorang Ketua Menteri dari parti DAP yang jelas lebih mengutamakan satu kaum sahaja walaupun mendakwa mereka parti pelbagai kaum. Perak juga diambang pemerintahan seorang Menteri Besar dari parti yang sama. Selangor pula mendapat Menteri Besar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanggungjawab melumpuhkan kewangan sebuah syarikat besar negara ketika beliau menerajui syarikat tersebut sehingga memaksa ”mega merger” untuk menyelamatkan ia daripada melingkup. Kedah pula bakal mengalami keadaan caca marba seperti Terengganu pada tahun 1999 di bawah kepimpinan PAS. Silap haribulan, destinasi pelancongan tersohor negara iaitu Langkawi bakal menjadi ”sleepy hollow” akibat dasar-dasar PAS yang sudah hampir pasti akan dilaksanakan di Negeri Jelapang Padi itu.

Bagus dan tahniah kepada orang-orang Melayu yang ”anti-establishment” yang memainkan peranan besar menumbangkan BN di negeri-negeri tersebut. Teruskan perbuatan anda di PRU 13 lima tahun dari sekarang. Sudah alang-alang, tumbangkan terus BN di peringkat persekutuan. Ketika itu nanti, barulah tahu langit itu tinggi atau rendah. Lihatlah sahaja Pulau Pinang, baru sehari dua memerintah, DAP sudah tunjuk belang. Tidak perlu saya cerita lebih panjang kerana bimbang akan mewujudkan elemen berbau perkauman.

Kalau orang Melayu tidak sedar lagi bahaya yang sedang dihadapi, bermakna masa hadapan anak cucu kita sudahpun di pahat secara kekal di tembok perjalanan politik, sosial dan ekonomi negara yang amat saya sayangi dan cintai ini.

Pengundi-pengundi kaum bukan Melayu telahpun menunjukkan belang mereka ketika PRU 12 yang baru berlangsung dengan memilih parti yang boleh memastikan kepentingan mereka terus dipelihara malah mungkin juga ditingkatkan ke tahap yang mampu menghakis atau melenyapkan terus ketuanan Melayu di negara ini. Pulau Pinang, Perak dan kerusi-kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah bukti nyata akan langkah nekad kaum bukan Melayu untuk menjadi komponen rakyat yang lebih agresif, yang mampu menepis dan menangkis pengaruh UMNO sebagai parti politik utama yang mewakili kepentingan orang Melayu.

Namun, pengundi-pengundi Melayu sendiri yang telah mencabul penat lelah perjuangan UMNO untuk mereka dengan memilih pembangkang di PRU 12. Merekalah pengkhianat bangsa yang tidak pernah tahu bersyukur atas segala kenikmatan, keistimewaan dan kesejahteraan hidup yang diperolehi dari saat mereka lahir hinggalah sekarang yang semuanya kerana dasar-dasar dan sistem yang dicetuskan oleh kepimpinan negara sejak sekian lama iaitu BN yang diterajui UMNO.

Inilah masalahnya kalau sudah terlebih pandai atau lebih tepat lagi, pandai tidak bertempat. Untuk rekod, saya seorang profesional Melayu dan saya berterima kasih kepada BN dan UMNO kerana mewujudkan sistem yang membolehkan saya berada di kedudukan saya sekarang.

Tiada faedahnya menjadi ”anti-establishment” hanya semata-mata kerana ingin dilihat sebagai golongan yang celik dan cerdik dari segi kesedaran hak untuk memilih pemerintah negara. Macamlah negara kita ini terlalu teruk keadaannya seperti beberapa negara di Afrika, Asia Selatan malah sebuah negara jiran di Asia Tenggara yang mana rakyat memberontak kerana keadaan hidup yang sudah terlalu mendesak dan serba kekurangan. Yang lebih lucu, kebanyakkan orang-orang Melayu yang ”anti-establishment” ini adalah golongan yang berada sebenarnya. Di kawasan DUN Hulu Kelang dan DUN Bukit Antarabangsa di mana saya tinggal contohnya, kebanyakkan penyokong-penyokong PKR malah PAS memandu kenderaan pacuan empat roda mewah dan juga kenderaan mewah Eropah yang kita semua sedia maklum. Itulah ”anti-establisment” mengada-ngada namanya.

Mengada-ngada sehingga menyebabkan ketuanan Melayu kini ibarat telur di hujung tanduk. Fikirkanlah.

4 comments:

Kam Kasturie said...

Let see if they can really rule the states. Give them a chance la. Mana tau it could be better than BN. Kalau pincang, guna saje tentera rampas kuasa mcm jiran kita buat.

tuXunil said...

Salam,

Benarkan saya memberi komen atas tulisan tuan.

Tuan membuat telahan umpama menepuk air dalam dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri.

saya tak sampai hati utk berpendapat tuan buta fakta dan sejarah, tetapi tulisan tuan menampakkan tuan seakan mengiakan pendapat saya.

Keputusan piliharaya kali ini memang memeranjatkan, bukan sahaja di pihak yg 'over confident' iaitu BN malah di pihak barisan alternatif.

Namun keputusan ini bukan lah pemula kepada penghakisan ketuanan melayu. Tetapi adalah pengakhiran kepada kecurangan pemimpin bangsa dlm UMNO. Terhakisnya UMNO bukan bermaksud terhakis melayu. Goyahnya UMNO bukan bermakna jatuhnya melayu. UMNO bukan wakil mutlak org melayu. Yang menghakis ketuanan melayu adalah UMNO sendiri.

Melayu p.pinang terpinggir sejak dari pemerintahan Gerakan yg merupakan parti komponen BN dan sekutu UMNO! Melayu yg bersengkongkol dgn Gerakan ini lah mengkhianati bangsa melayu. Melayu UMNO ini lah yg membenarkan peminggiran melayu jauh ke sudut sehingga terhimpit dan tersepit!

Persoalannya, Melayu dari parti manakah yg sejak dari tahun 1990 sentiasa menganaktirikan bangsa sendiri yg memerintah kelantan! Melayu dari parti manakah yg menghakis kedaulatan sultan dan raja? Melayu dari parti manakah yg sanggup menderhaka kepada sultan? Melayu parti manakah yg bernafsu serakah bercakaran merebut kerusi MB?

Persoalan di atas tiada jawapan pilihan melainkan jawapan mutlak : United Malay National Organisation !

Untuk rekod, saya adalah Islam melayu dari golongan pertengahan yang mencari rezeki tanpa surat sokongan UMNO @ BN kecuali mohon pertolongan dari ALLAH Maha Pencipta, syukur kepadaMU Ya ALLAH ! Saya juga hanya pernah sekali menaiki kapal terbang utk tunai umrah, jauh sekali mampu membawa keluarga bercuti ke gold coast!
Namun,alhamdullillah saya cukup mengenal mana satu jauhari mana satu manikam, mana intan mana yg kaca, yg mana munafik yg mana beriman! Insyaallah

Tuan mengibarat ketuanan Melayu kini umpama telur di hujung tanduk, namun saya katakan telur tersebut adalah UMNO dan bukannya ketuanan melayu!

Akhir kalam, keputusan pilihanraya ini adalah keputusan rakyat yg dahagakan kebenaran dan membenarkan demokrasi terus segar di bumi malaysia. Fahami lah erti sebenar demokrasi, selidiki lah dengan teliti dan dgn Iman bukan dgn nafsu yg beraja dihati. Ikhtiar lah utk perbetulkan organisasi melayu yg tuan dokongi agar tidak tersasar dari jalan Islam dan Iman!

Perbetulkan sekiranya saya silap, maafkan sekiranya menyinggung !

wassalam

afterburner73 said...

Tuxunil,

Tak payah panggil saya tuan lah.

Saya pun berjaya dalam hidup bukan kerana UMNO dan BN. Namun, saya bersyukur kerana kejayaan saya dalam hidup ialah kerana sistem yang dicetuskan oleh UMNO dan BN sejak 50 tahun yang lalu.

Kita jangan cepat sangat atau mudah sangat nak lupa jasa pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu.

Takkanlah saudara Tuxunil tidak pernah mendapat walau satu manfaat pun dari pemerintahan kerajaan BN sebelum ini?

Apa pun, semua orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing. Dan tolong jangan tuduh saya buta fakta dan sejarah. Konon tak sampai hati tapi sebut juga.

Orang macam awak ni lah yang tak sayang bangsa, agama dan negara sebenarnya. Bila Cina dah memerintah suatu hari nanti, barulah awak tahu langit itu tinggi atau rendah.

Unknown said...

salam..
Golongan mcm tuxunil ini adalah golongan yg tidak tahu bersyukur..golongan yg pandai mencari kelemahan org lain shj tanpa sempat menilai kelemahan diri sendiri..golongan begini lah golongan yg berpura-pura alim..kononnya takwa kpd Allah..tetapi tnpa disedari,mengamalkn riak dn takbur..tidak tau bersyukur..dan penuh dgn hasad dengki

"saya adalah Islam melayu dari golongan pertengahan yang mencari rezeki tanpa surat sokongan UMNO @ BN kecuali mohon pertolongan dari ALLAH Maha Pencipta, syukur kepadaMU Ya ALLAH ! Saya juga hanya pernah sekali menaiki kapal terbang utk tunai umrah, jauh sekali mampu membawa keluarga bercuti ke gold coast!"

sedarkah Tuxunil, jika kerajaan BN tidak menyediakan lapangan terbang,bolehkah beliau menunaikan Umrah???bersyukurlah dpt menunaikan umrah walaupun sekali..org lain pegi naik kapal kt laut jek..awak dpt naik kapal terbang..lps tuh ckp kerajaan mcm2..terima kasih pun tidak..

KLIA yg dahulunya dicanang-canang sbg projek membazir tp kini faedahnya dpt dirasa oleh semua rakyat malaysia..setiap tahun berpuluh-puluh ribu jemaah dari malaysia dpt menunaikan rukun islam ke lima..alhamdulillah..nasib kita selaku org islam jauh lebih baik dr org2 islam dr negara lain..

to afterburner73,
tahniah kerana saudara boleh la dikatakan berjaya (at least meramaikan lagi org melayu islam profesional)..org2 mcm tuxunil ni tk perlulah dilayan sbb pemikiran mereka mmg susah nk berubah dan ada shj alasan utk mencari kelemahan org lain..mereka tidak pernah keluar negara..sbb tuh asyik mintak yg bukan2..mereka tidak sedar nasib org islam diluar negara berganda-ganda lagi teruk dr di malaysia..sedang seluruh dunia mengalami krisis kenaikkan harga minyak..pemimpin mereka terlolong-lolong menjanjikan utk menurunkan harga minyak sejurus je dpt memerintah..smpi laaa ni...satuuuuuu pun tk nmpak lg ape yg depa dok janjikan dulu..kecuali ketuanan melayu kian terhakis dibawah sekutu golongan yg kononnya alim dan warak ini..

Sekian