Nuffnang

How Long I Have Been Married

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 20, 2010

PEMANDUAN TIDAK BERTAMADUN KENDERAAN JOHOR, SINGAPURA DAN PULAU PINANG

Alhamdulillah, saya telah selamat pulang ke ibu negara selepas hampir seminggu bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Pagi raya pertama, seperti biasa bersama ibu dan bapa saya di Hulu Kelang sebelum berlepas ke Johor Bahru selepas solat Jumaat untuk beraya pula bersama ibu mertua.

Perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan agak selesa dan lancar, kecuali kesesakan sementara di laluan Nilai-Seremban yang dianggap biasa memandangkan Seremban mempunyai tiga persimpangan yang agak rapat – Seremban, Port Dickson dan Senawang. Memang menjengkelkan namun masih dibawah kawalan. Habis kuat hati ini berdetik – macam bagus je Seremban ni.

Selepas Senawang, lebuhraya lancar selancar-lancarnya, ibarat landasan utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Kelajuan ditingkatkan sedikit untuk menggantikan masa yang sedikit terbuang ketika mengesot di Seremban tadi.

Sebagai individu yang telah berkahwin dengan orang Johor selama 11 tahun, saya sudah masak sangat dengan setiap bahagian lebuhraya tersebut dari Tol Sg. Besi sehinggalah Tol Skudai, setiap selekoh, bukit bukau dan gaung. Every nook and corner. Dan apabila kenderaan merentasi sahaja sempadan Negeri Johor Darul Takzim, pemanduan ditingkatkan ke tahap yang lebih berhati-hati. Sebabnya? Mudah sahaja. Kerana pemandu-pemandu negeri tersebut, terutamanya dari JB sendiri, pantang melihat kenderaan plet luar, khususnya plet Wilayah Persekutuan seperti saya. Pada mereka, kenderaan plet luar adalah daging segar (fresh meat). Boleh diratah. Boleh dibuli. Kerana mereka raja di negeri tersebut dan orang dari KL seperti saya bangang di negeri tersebut kerana dipercayai tidak tahu selok belok jalan di situ. Begitulah agaknya tanggapan pemandu-pemandu kenderaan plet J.

Seperti dijangka, selepas persimpangan Pagoh menuju persimpangan Yong Peng, sudah ada kenderaan plet J yang membuat perangai. Sebuah Proton Waja mengekori rapat di belakang kenderaan saya sambil memberikan ‘high beam’ sebagai arahan untuk saya kembali ke lorong kiri. Untuk mengelak sebarang konfrontasi emosi dan lebih buruk, kemalangan, maka saya pun ketepi lah. Maklumlah, sudah pasti Proton Waja 1.6 lebih laju dan hebat dari Honda Civic 2.0 iVTEC dengan kuasa kuasa 155bhp kan?

Semakin menghampiri Johor Bahru, semakin banyak kenderaan plet J yang menunjukkan belang. ‘High beam’ menjadi mainan utama bahlul-bahlul ini. Lorong kecemasan turut dijadikan lorong tambahan bagi memecut kerana mungkin ramai pemandu-pemandu J nak terkucil agaknya sebab makan banyak sangat soto dan lontong. Saya percaya kebanyakkan mereka ini gangster-gangster dan Ah Long Ah Long dari Taman Sentosa dan Johor Jaya di JB agaknya. Tengok warna rambut pun dah tahu. Itu belum lagi mamat-mamat Kg. Melayu Majidee atau Taman Perling yang mungkin merupakan versi empat roda rakan-rakan sekampung atau setaman yang bergelar mat rempit. Dari Mercedes ke Toyota Camry ke Proton Waja ke Perodua Kancil, semuanya sama sahaja. Kurang ajar di jalan raya dan langsung tidak menghormati tetamu-tetamu dari luar. Bukannya orang lain pun. Aku berkahwin dengan orang negeri kau jugak, bahlul.

Mungkin kerana sikap pemanduan tidak senonoh ini lah yang menjadikan pemandu-pemandu dari negara jiran yang bermula dengan huruf S turut mengikut perangai suku-sakat mereka dari negeri J. Orang-orang S kalau masuk ke Malaysia, ibarat beruk baru keluar sangkar. Segala kekangan oleh pemerintah republik itu ibarat dendam kesumat yang dibalas dengan memandu secara tidak senonoh di Malaysia. Mereka berlagak kerana kenderaan mereka dikatakan lebih hebat dan kekuatan matawang dolar mereka membolehkan mereka mengambil risiko disaman oleh polis trafik kita kerana menurut mereka “berbaloi dengan kepuasan memecut dengan kelajuan patah tengkok.”

Salahnya sebab ada cikgu yang mengajar mereka begitu. Eh nanti. Mungkin saya tersilap. Siapa cikgu sebenarnya. Mungkin juga pemandu-pemandu dari S yang menjadikan pemandu-pemandu J menjadi tidak senonoh. Hmm, sekarang saya pula keliru. Apa pun, it works both ways. Pemandu-pemandu J dan pemandu-pemandu S. Hah, memang kena lah tu, penyamun berlawan dengan penyangak.

Saya pohon maaf kepada biras-biras saya Abang Is dan juga Che Eddie. Harap tidak terasa dan terguris dengan kata-kata saya ini. Saya percaya korang berdua tidak seperti itu. Namun, ini adalah hakikat yang harus ditelan walau pahit macam mana sekalipun.

Orang luar dok bercakap mengenai perangai pemandu-pemandu negeri J. Malu tau.

Tolong lah ubah perangai pemanduan kepada yang lebih selamat dan berhemah. Tak kan lah nak jadi macam pemandu-pemandu negeri PP nun jauh di utara. Yang itu memang dah tak ada harapan lagi untuk diperbetulkan. Semua pemandu-pemandu PP adalah gila. Patutlah kabel TNB meletup dan terbakar di Jambatan PP, sebab dah tak tahan dengan perangai gila pemandu-pemandu PP.

Wilayah Persekutuan drivers rock!

No comments: